Kelab wartawan merupakan salah sebuah kelab dan persatuan yang ditubuhkan pada Januari 2009 di SMI Al-Amin Kemaman. Ianya terdiri daripada lebih kurang 40 orang pelajar.

JIM

MM-DD-YY

Teruskan langkahmu..

Posted by Al-Amin Kosmos



Teringat kembali nasihat Syeikhut tarbiyah, Ust. Rahmat Abdullah, tentang dakwah..

Memang dakwah seperti itu. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Hingga fikiranmu, perhatianmu, jalanmu, duduk, dan tidurmu. Bahkan di tengah lenamu, isi mimpi pun masih tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.

Dan dakwah memang seperti itu. Menyedut seluruh energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuhmu. Tubuh yg luluh diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.

Seperti itu juga keadaannya pada rambut Rasulullah saw. Beliau memang akan tua. Tapi rambutnya beruban kerana beban berat dari ayat yg diturunkan Allah. Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah kebingungan, tidak ada lagi orang miskin yg dapat diberikan sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak. Sukar utk membayangkan sekuat mana sang Khalifah ini bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai jadi lemah. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Dan sememangnya itu yang beliau harapkan; mati sebagai jiwa yang tenang.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak! Sama sekali tidak. Sebaliknya kelelahan, rasa sakit itu selalu datang bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah yg akan segera mereka lakarkan yang jauh lebih “tragis”. Dan kerana rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani dan selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi sebati. Jika iman dan godaan rasa lelah itu selalu berperang, diakhirnya, salah satunya pasti mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya akan lelah untuk memerangi iman. Lalu terus berkobarlah iman dalam dada.

Begitu juga dgn rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda jika dibandingkan jihad yang begitu cantik dan indah dihadapanmu. Begitu juga Umar R.A, saat Rasulullah wafat, beliau tidak dapat menerimanya. Namun saat Abu Bakar pula wafat, beliau menerimanya dgn redha. Bukannya tidak cinta pada Abu Bakar. Tapi atas kesedaran yg beliau pasti akan “ditinggalkan”, hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan sudah menjadi seperti ubat bagi penguat iman..

Pejuang yg tubuhnya luluh, jasadnya dihenyak beban dakwah, namun iman di hatinya terus memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu..
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu..
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu..
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu..
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu..”

(Alm. Ust Rahmat Abdullah)


Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunya harus mengalah.

" Ya Allah, kurniakanlah kami panasnya iman yang mampu membakar rohHAMASAH untuk terus bermujahadah dengan penuh kesabaran.."

Ameen Ya Robbal 'Alamin..

“Kadang tak mudah untuk belajar dari hikmah yang dipetik orang…maka bergeraklah, rasakan dan petik sendiri hikmah itu…”


Source : Terjemahan dr blog sahabat..

Ya Ramadhan, kami merinduimu..

Posted by Al-Amin Kosmos



اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

Dunia kehilangan sebutir lagi permata..

Posted by Al-Amin Kosmos

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..
Pemergiannya begitu dirasai seluruh umat Islam di pelosok dunia. Moga perginya mujahid ini tidaklah melenyapkan dan memadamkan semangat juang kita, bahkan mengetuk pintu kelalaian kita utk terus bangkit meneruskan serta menyemarakkan lagi api perjuangan ini..


Dr. Fathi Yakan yang merupakan ulama gerakan Islam terkenal telah pergi lebih dahulu daripada kita untuk bertemu dengan Allah pada hari Sabtu, 13 Jun 2009, 4.45 petang waktu Lubnan (sekitar jam 10 malam waktu Malaysia). Beliau telah dimasukkan ke Hospital Hotel Dieu, Beirut setelah keadaan kesihatannya kritikal. Jenazahnya akan dibawa ke Tripoli pada hari Ahad untuk dikebumikan di sana. Beliau dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 9 Februari 1933 dan meninggal ketika berumur 76 tahun.

Dr Fathi atau nama penuhnya Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Februari 1933 merupakan diantara pengasas awal kepada gerakan Islam di Lubnan. Pembabitan beliau dalam gerakan Islam di Lubnan telah bermula seawal tahun 1950an dan mengasaskan Jemaah Islam Lubnan, satu cabang kepada gerakan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1960an bersama-sama tokoh lain termasuk Sheikh Faisal al-Mawlawi. Bahkan beliau memegang amanah sebagai Setiausaha Agung sehingga tahun 1992 dan meletak jawatan apabila memenangi pilihanraya sebagai ahli parlimen. Beliau kemudiannya melibatkan diri secara langsung politik Lubnan dan partinya Jabhah turut disertai oleh jemaah-jemaah Islam dan tokoh-tokoh Islam dari kalangan Sunni dan juga Syiah seperti Harakah al-Tawhid al-Islamiy, Sheikh Hashim Minqarah dan lain-lain.

Di peringkat global, beliau berpengaruh kepada gerakan Islam dunia bukan sahaja melalui bahan-bahan penulisan dakwah dan haraki beliau. Bahkan apabila Professor Dr Najmudin Erbakan merintis kesatuan gerakan Islam di peringkat global semasa beliau menjadi Perdana Menteri Turki, Dr Fathi dilantik mengetuai fungsi tarbiahnya dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Malaysia.

Dr Fathi mendapat pendidikan awal dalam bidang kejuruteraan elektrik di Beirut, tetapi kemudiannya menyempurnakan ijarah kedoktorannya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.

Beliau mengahwini Dr Muna Haddad Yakan dan bersama-sama isterinya mengasaskan Universiti Al-Jinan Lubnan dimana Dr Muna bertugas sebagai rektornya. Universiti beliau turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Malaysia khususnya lepasan Madrasah Darul Quran, Rusila, Terengganu. Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan serta 19 orang cucu.

Dr Fathi banyak menulis buku yang menjadi rujukan gerakan Islam di seluruh dunia antaranya ialah:

  • فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
  • مشكلات الدعوة والداعية،
  • كيف ندعو إلى الإسلام؟
  • نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
  • الموسوعة الحركية
  • ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
  • حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
  • الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
  • ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
  • ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
  • الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
  • الشباب والتغيير،
  • المتساقطون على طريق الدعوة،
  • أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
  • ، قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية


Umat Islam telah kehilangan seorang tokoh gerakan Islam yang sukar dicari ganti, namun buku “Apa ertinya saya menganut Islam?” telah ditinggalkan sebagai tatapan pencinta Islam. Buku ini merupakan sumbangan yang besar kepada dakwah khususnya di Malaysia. Usrah tidak sempurna tanpa ahli tidak dapat menjawab persoalan ini. Karya beliau ini cuba memahamkan hakikat Islam dan keperluan untuk menjadi seorang Islam yang betul dari segenap sudut kehidupan.

Semoga Allah mengganjari sebaik ganjaran kepadanya dan semoga beliau menjadi model kepada ahli-ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Al-Fatihah..

** Juga buat Allahyarham Ammar Bin Zulkifli, mahasiswa perubatan Mesir yang terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan balik dari Ain Sokhna utk membuat survey kawasan rehlah ikhwah disana. Walaupun beliau tidakku kenali, namun hati yakin menyatakan yg dia bukan "orang biasa" kerana berita pemergiaanya benar-benar luar biasa dan telah mengundang doa yang tak putus-putus dari semua.

Kalam Puncak tempat semaian pahalanya..

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"..


AL-FATIHAH..

Wahai Perempuan, Wanita, Muslimah, Akhawat, dll..

Posted by Al-Amin Kosmos

BismiLLahirrahmanirraheem..

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar akan menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja email bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

- dipetik dari blog wewr dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

Photobucket

Posted by AUTHOR
20-11-09